• Ibadah korban merupakan satu ibadah yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. Di dalamnya terkandung banyak hikmah.
  • Sejarah ibadah korban bermula dengan dua orang anak nabi Adam Qabil dan Habil dan diikuti dengan Nabi Ibrahim ketika peristiwa penyembelihan anaknya Ismail yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T.
  • Ibadah korban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 hijrah seperti zakat dan solat dua hari raya. Mengikut istilah fiqh Korban atau Udhiyah bermaksud menyembelih haiwan tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula pada selesainya solat hari raya Eid al-Adha (10 Zulhijjah) & pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah)
  • Para ulama’ telah sepakat bahawa ibadah korban merupakan ibadah dan syiar yang besar yang telah disyariatkan. Namun, mereka berselisih pendapat bekaitan hukum ibadah ini. Ada yang mengatakan ibadah ini wajib dan ada pula yang mengatakan ibadah ini sunat. Pendapat-pendapat mereka disokong dengan hujah-hujah yang kuat. Antara ulama’ yang berpendapat bahawa ibadah ini wajib ialah Imam Abu Hanifah dan beberapa pengikutnya. Beliau berpendapat bahawa ibadah Korban ini wajib sekali setiap tahun ke atas orang yang bermukim (tetap). Pendapat mereka bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
  •  
  • Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berKorban, akan tetapi dia tidak mahu berKorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid)” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

Hukum Melaksanakan ibadah korban

  • Para ulama’ telah sepakat bahawa ibadah korban merupakan ibadah yang telah disyariatkan. Namun, mereka berselisih pendapat bekaitan hukum ibadah ini. Ada yang mengatakan ibadah ini wajib dan ada pula yang mengatakan ibadah ini sunat. Pendapat-pendapat mereka disokong dengan hujah-hujah yang kuat. Antara ulama’ yang berpendapat bahawa ibadah ini wajib ialah Imam Abu Hanifah dan beberapa pengikutnya. Beliau berpendapat bahawa ibadah Korban ini wajib sekali setiap tahun ke atas orang yang bermukim (tetap). Pendapat mereka bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

  Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan   dia untuk berKorban, akan tetapi dia tidak mahu berKorban, maka   janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid)” (Hadis riwayat   Ahmad dan Ibnu Majah).

  • Namun, Abu Yusuf dan Muhammad dari Mazhab Hanafi mengatakan ibadah korban tidak wajib tetapi sunat muakkad.
  • Adapun selain daripada Mazhab Hanafi, mereka berpendapat bahawa ibadah korban adalah sunat dengan berpandukan hadis Nabi SAW maksudnya:

  Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah   sunat bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

IBADAH KORBAN DAN BEBERAPA ISU SEMASA YANG BERKAITAN

  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *