Pendahuluan Islam adalah agama samawi yang bersifat rabbani, universal dan komprehensif. Sebarang suruhan dan larangan adalah untuk kebaikanan manusia di dunia dan akhirat. Maqasid dan matlamat Shariah untuk menjaga agama, nyawa, aqal, harta, nama baik dan zuriat hanya dapat direalisasikan apabila segala suruhan dan larangan Islam diikuti dan dilaksanakan. Hukuman bagi pesalah yang melakukan larangan Allah seperti membunuh, mencuri, merompak, berzina, minum arak adalah adalah bertujuan untuk menghukum, memberi keadilan kepada mangsa dan keluarganya, menghalang jenayah dan mendidik masyarakat. Kertas kerja ringkas ini cuba untuk mengkaji beberapa isu jenayah menurut undang undang konvensional dan undang undang jenayah Islam. Undang undang di mana mana negara sentiasa berkembang dan dilakukan perubahan demi keperluan dan tuntutan semasa. Dengan itu amatlah sesuai dikaji kekurangan yang ada di samping dilakukan penambahbaikan untuk membasmi jenayah. Kertas kerja ini juga mencadangkan beberapa perkara aspek  penambahbaikan dan pematuhan kepada Shariah.   Matlamat Undang Undang Jenayah Masyarakat manusia menyedari kepentingan keamananan, kesejahteraan dan keselamatan terutamanya yang melibatkan nyawa, tubuh badan, kesihatan termasuk kesihatan dan kekuatan intelek, harta, keturunan, marwah dan kebebasan beragama. Undang undang Kemampuan Penyelesaian Jenayahjenayah yang diperuntukkan oleh mana mana negara yang bertamdun tidak lari daripada maqasid dan tujuan Shariah berkenaan dengan penghukuman.  Cuma yang berbeza ialah bentuk, jenis dan cara pelaksanaan hukuman. Untuk bacaan seterusnya: Kemampuan Penyelesaian Jenayah   slides  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *