Maqasid Syariah adalah merupakan salah satu elemen penting yang diambil kira dalam proses penentuan sesetengah hukum syarak bagi permasalahan-permasalahan dan isu-isu semasa. Kepentingan dan peranan maqasid Syariah  tidak sahaja terhad pada penentuan dalam sesuatu permasalahan hukum, bahkan  penggunaannya adalah lebih meluas untuk diaplikasikan  dalam sistem pembangunan sesebuah negara Islam dalam usaha  untuk memastikan penggubalan dasar-dasar dan polisi-polisi yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan politik supaya selari dengan tuntutan dan lunas-lunas Islam. Kesannya, penerapan elemen maqasid Syariah dalam semua aspek kehidupan boleh memberikan nilai-nilai kesejahteraan sepertimana dianjurkan oleh ajaran Islam. Dalam kepesatan sistem ekonomi semasa dunia, khususnya sistem ekonomi Islam secara tidak langsung memberikan impak positif kepada perkembangan sistem ekonomi sesebuah negara Islam di mata dunia. Justeru, melihat kepada peri pentingnya aplikasi maqasid Syariah dalam meningkatkan taraf pembangunan sesebuah negara Islam,  kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas kepentingan memahami maqasid Syariah di dalam pembangunan ekonomi negara.

 

untuk kupasan lanjut:

Kepentingan memahami Maqasid Syariah dalam ekonomi_Dr Azman MNH160216)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *