Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan isu pelaksanaan kos sebenar yang berkaitan dengan produk-produk kewangan Islam. Secara umumnya, tidak terdapat sebarang isu Shariah pada penetapan sesuatu kadar keuntungan untuk pembiayaan secara Islam. Walaubagaimanapun, isu Shariah  ditimbulkan apabila bank-bank  Islam memperolehi pendapatan hasil daripada caj ke atas kos yang dikaitkan dengan pemberian hutang, denda di atas kelewatan pembayaran hutang dan kemungkiran pembayaran oleh pelanggan. Dalam hal ini, kebanyakan fuqaha hanya membenarkan pengenaan kos sebenar sahaja (actual cost /al-taklifah al-fi’liyyah) apabila ia dikaitkan dengan hutang. Kertas kerja ini akan membincangkan  mengenai manfaat -manfaat daripada hutang, sebab-sebab kepada pelaksanaan kos sebenar dan cara penetapan kos sebenar bagi produk-produk yang berkaitan .  Bacaan selanjutnya: Paper kos sebenar revised for publication dr azman 010713  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *