Jawapan: Tidak ada larangan bagi mengeluarkan zakat sebelum genap haul atau setahun menurut kalendar Hijrah. Ini adalah berdasarkan hadis “khars al-thimar”  sebagaimana yang disebut oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in:

[ خرص الثمار في الزكاة والعرايا ] : المثال التاسع والأربعون : رد السنة الصحيحة الصريحة المحكمة في خرص الثمار في الزكاة والعرايا وغيرها إذا بدا صلاحها كما رواه الشافعي عن عبد الله بن نافع عن محمد بن صالح التمار عن الزهري عن سعيد بن المسيب عن عتاب بن أسيد { أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في زكاة الكرم يخرص كما يخرص النخل ، ثم تؤدى زكاته زبيبا كما تؤدى زكاة النخل تمرا } وبهذا الإسناد بعينه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم { كان يبعث من يخرص على الناس كرومهم وثمارهم } وقال أبو داود الطيالسي : ثنا شعبة عن حبيب بن عبد الرحمن قال : سمعت عبد الرحمن بن مسعود بن نيار يقول : أتانا سهل بن أبي حثمة إلى مجلسنا فحدثنا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : { إذا خرصتم فدعوا الثلث ; فإن لم تدعوا الثلث فدعوا الربع } قال الحاكم : هذا حديث صحيح الإسناد

Contohnya jumlah wang simpanan untuk tahun zakat ialah RM100k, maka bagi yang ingin mengeluarkan zakat awal, boleh dibyarar 2.5% daripapa jumlah tersebut iaitu RM 2500. Sekiranya dia mendapati jumlah simpanannya bertambah kepada RM120K, maka perlu ditambah lagi 2.5% daripada RM20k iaitu RM 500.

Berdasarkan hadis Sahl di atas, dicadangkan supaya zakat yang didahulukan sebelum haul, dibayar 2.5% daripada 2/3 atau 3/4 daripada keseluruhan jumlah simpanan.  Contohnya, sekiranya jumlah simpanan 100k, dizakatkan 2.5% daripada 67K atau75K. Ini bererti jumlah zakat yang didahulukan daripada ¾ daripada 100K hanyalah Rm2k sahaja. RM500 ditangguhkan sehingga genap haul. Ini kerana sekiranya zakat sudah dibayar, maka tidak boleh diambil semula. Dengan itu, apabila genap haul, perlu dikira semula untuk memastikan jumlah sebenar yang perlu dizakatkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *