Masih ramai org Melayu dan kadang kadang para ustaz ada yang terlibat dengan perniagaan forex online. Bahkan ada yang megajak orang lain pula untuk perniagaan tersebut. Ada juga yang cuba penarik pelabur kononya ada adalah salah satu cara pelaburan yang menjanakan pendapatan pasif.

Sudah ada keputusan yang muzakarah di bawah Jakim mengaharamkan perniagaan forex online. Ada beberapa alasan kenapa ia diharamkan di antaranya:

Pertama: Berkaitan dengan hukum matawang sebagai barang ribawi (al-sarf)

Bagi matawang yang berbeza syarat pertukarannya ialah ia mestilah secara tunai (taqabud, yad bi yad), kalua matawang yang berbeza, ada satu lagu syarat iaitu pada nilai yang sama. Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi, maka ia adalah riba. Dalam forex trading, sekiranya berlaku penangguhan pada serah menyerah dua timbal balas matawang, maka ia adalah riba.

 

Kedua: Riba pada pinjaman. Kebiasaannya di dalam perniagaan forex, platform akan memberikan kemudahan pinjaman atau margin. Kalau pelabur ada rm10k, dia boleh berniaga sehingga RM100k. Nampak menarik kalua ada dapat untung. Isu Syariah ini ialah mensyaratkan pemberian pinjaman dan melakukan transakasi perniagaam dengan pemberi pinjaman. Ia adalah manfaat kepada pinjaman. Kedah feqah menyebut “kullu qard jarra naf‘an fahua riba” setiap pinjaman yang mendatangkan manfaat adalah riba. Manfaat yang dilarang yang dikaitkan dengan riba adalah manfaat yang kembali kepada pemberi pinjaman. Sekiranya dikenakan lagi overnight charge, bagi pelabur yang tidak square position maka lagi jelas ia adalah riba.

Ketiga: Dari segi maqasid Shariah, matawang adalah alat tukar, medium of exchange, kegunaannya adalah untuk pelbagai tujuan, ia bukan komoditi, itulah hikmah kenapa peraturan pertukarannya disyaratkan dengan peraturan yang ketat. Matawang bukanlah barang dagangan. Pertukaran secara fizikal boleh dilakukan bagi mereka yang memerlukan pertukaran matawang, tidak perlu kepada forward trading.

Sekiranya penganjur pelaburan forex yang melibatkan pihak ketiga sebagai fund manager atau executor memberi jaminan  pulangan tetap, maka ia adalah riba pada pinjaman.

Saya pernah menaikin grab, kebetulan drebar grab berbangsa cina, dia kata dia kehilangan rumah yang dimiliki kerana kerugian di dalam perniagaan forex. Ini adalah gambaran sebenar kepada risiko yang dialami peniaga forex. Dengan itu lebih baik ia dijauhi.

Kesimpulannya, perniagaan forex online adalah haram.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *