Qalb al-dayn adalah salah satu isu fiqh  yang dianggap sebagai kontroversi di dalam perbankan Islam kerana ia digunakan sebagai instrumen untuk memberikan penangguhan bayaran yang melibatkan pertambahan tempoh dan juga jumlah bayaran khasnya bagi kes kes penstrukturan semula. Di antara isu Syariah yang berkaitan adalah “time value of money” dan penyerupaan amalan perbankan konvensional. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji bentuk qalb al-dayn yang dilarang dan keharusan pemberian kemudahan penstrukturan semula melalui qalb al-dayn kepada  pelanggan musir dan mu‘sir  .

untuk bacaan selanjutnya:

Qalb al Dayn Dalam Kewangan Islam perbezaan di antara Musir dan mu’sir 290516 dr azman for jurnal jakim

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *