Permintaan terhadap produk pasaran modal Islam telah menjadikan sektor kewangan Islam lebih berinovasi dan berkembang dengan pesat seiring dengan keperluannya. Inovasi ini telah menyaksikan pelbagai bentuk instrumen kewangan konvensional seperti bon dan saham telah melalui proses “islamisasi” melalui penerbitan instrumen Islam seperti sukuk dan sarinan saham patuh syariah. Di antara instrumen kewangan yang diterbitkan bagi menarik minat pelabur adalah saham keutamaan. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pandangan ulama mengenai penerbitan saham keutamaan dan alternatif kepada saham keutamaan konvensional melalui aplikasi tanazul dan hibah.























Previous
Next