Ada satu persoalan berkenaan dengan zakat syarikat. Syarikat tersebut telah memohon daripada ppz untuk mengagihkan sendiri sebahagian daripada jumlah wang zakat. Syarikat ini bercadang untuk menggunakan duit zakat yg dibenarkan oleh ppz untuk diagihkan sendiri bagi tujuan menampung kos training memberi kefahaman muamalat kpd kakitangan syarikat tersebut. Minta pencerahan teman teman semua.
Jawapan:
Saya rasa kurang selesa untuk membenarkan mana mana syarikat atau shaksiyyah iktibariyyah menggunakan duit zakat untuk perbelanjaan training atau kursus yang sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab syarikat memperuntukkan sejumlah budget bagi tujuan training. Ini kerana,zakat adalah apa yang dibayar oleh pembayar zakat kepada pihak lain yang melibatkan perpindahan pemilikan, sekiranya digunakan untuk kos training, ia bermakna tidak berlaku pemindahan pemilikan, seolah olah digunakna untuk diri sendiri seperti membayar saman kesalahan jalan raya atau road tax. Adapun di atas tiket fi sabilillah, perlu diingat asnaf fi sabilillah agak subjektif, ada yang guna duit zakat untuk buat masjid, bina hospital, sekolah yg sepatutnya dilakukan oleh pihak berkuasa ataupun daripada sumber lain selain daripada zakat. Dalam mazhab Syafie sendiri, sesetengah ulama mazhab seperti Imam al-Ramli tidak membenarkan penggunaan duit zakat untuk bina masjid, bahkan beliau menukilkan ijma melarang berbuat demikian. Dengan kata lain, untuk membolehkan bayaran zakat bagi tujuan training adalah satu yang zanni, bercanggah dengan yang qat’i iaitu suruhan membayar zakat (yang melibatkan pemindahan pemilikan), maka yang qati perlu didahulukan. Seterusnya berdasakan kaedah keluar dari khilaf, untuk mengelakkan daripada shubhah tidak sah ibadat zakat, lebih penting daripada menjimatkan kos pentadbiran dengan penggunaan duit zakat untuk training. Fuqaha tidak membenarkan pembayan zakat kepada mereka yang berada dibawah tanggungan atau memang sebahagian daripada tanggungan pembayar zakat kerana ia seolah olah membayar kepada diri sendiri. Mazhab Hanafi pula melarang pembayaran zakat kepada penerima yang ada manfaah mushtarakah (mutual interest), dengan itu mereka tidak benarkan isteri bayar zakat kepada suami yang miskin. Boleh dikaitkan di sini, ialah ada dua halangan utama, isu bayar zakat pada diri sendiri dan kedua, isu bayar zakat kepada pihak yang mana pembayar ada kepentingan /interest, maka dgn itu perbuatan tersebut perlu dilarang. Wallaua’lam